Mustahak DiKetahui

Teks: Zyed Ahmad

 

Proses awal -perbincangan

Uniknya kenderaan yang kita bekalkan  dapat memenuhi citarasa pengguna. Pertamanya kita akan bincang dahulu keperluan pengguna, apa yang diharapkan dari van atau lori atau bas ini, jenis casis apa yang dikehendakki selain dari casis yang kami sediakan, bagaimana konfigurasi dalaman yang sesuai untuk kegunaan, apakah peralatan yang akan dimuatkan kedalam kenderaan ini.

 

Kita akan berbincang dahulu. Lihat pada bajet dan tujuan kenderaan kemudian barulah kita membuat cadangan. Atau jika pengguna telah ada cadangan dan keputusan kita akan raikan permintaan tersebut. Jurutera kita akan meneliti spesifikasi keperluan, spesifikasi kenderaan, keperluan letrik current, voltage dan power serta berat barang-barang, ruang yang akan dipenuhi, centre of gravity, agihan beban, limitasi pihak Puspakom dan JPJ. Setelah semua perkara diambil kira satu lukisan grafik dan kejuruteraan akan disediakan untuk disemak dan dipersetujui oleh pengguna sebelum plan tersebut dihantar ke JP untuk mendapat kelulusan.

 

Sebenarnya kelulusan plan akan kita lakukan setelah pihak pengguna berpuashati dengan cadangan dan penambahbaikan. Ini diikuti dengan persetujuan harga. Cara ini lebih baik daripada menerima sebutharga akhir  dan kemudian baru berbicang . Jika harga telah diputuskan dahulu, skop perbincangan akan terhad kepada bajet sedia ada. Penambahan peralatan atau pengubahsuaian besar sukar dilakukan. Nasihat kami kepada pengguna agar setelah menerima sebutharga daripada kami, elok diadakan perbincangan sebelum  kami putuskan plan teknikal muktamad. Jika bajet mencukupi semuanya akan berjalan lancer. Jika bajet kurang dari harga cadangan, pihak pengguna kenalah mengusahakan penambahan bajet.  Keputusan muktamad biasanya sepas diadakan 2 pusingan perbincangan. Setelah semua proses ini dilalui dan Pesanan Kerajaan dikeluarkan, barulah kami memulakan kerja binabadan. Masa diperlukan  1-3 bulan begantung kepada kedudukan stok casis kenderaan.

 

Aplikasi Popular masakini adalah Kaunter Bergerak.  Jika keperluan untuk mengutip hasil atau memberi penerangan, Casis yang kami syorkan ialah Casis Weststar Maxus V80. Casis lain adalah opsyen pengguna. Bagi kenderaan Kaunter Bergerak keperluan standard yang diadakan didalam kenderaan termasuk:

  • Meja kaunter yang berlaci serta kabinet yang dipasang sebelah kanan atau kiri kenderaan bergantung pada keadaan penggunaan. Biasanya dihadapan kaunter disediakan tingkap untuk berurusan dimana pelanggan berdiri diluar dan pekerja pejabat duduk didalam kenderaan. Jika konsep ini digunakan, kenderaan jenis Van lebih sesuai  sebab kedudukan tingkap yang rendah mudah berurusan dengan pelanggan.

(Sekiranya pemilik kenderaan hendak pelanggan berurusan didalam kenderaan, casis bas atau trak digunakan. Ini kerana bas dan trak mempunyai ruang legar yang jauh lebih luas. Kos untuk konsep ini juga lebih tinggi).

  • Diluar kenderaan bahagian tepi bumbung disediakan awning bermotor yang boleh dibuka dan tutup secara haidrolik manual atau letrik.
  • Satu (1)unit Generator berkapasiti 5Kva ( jenis Yamaha atau lain ) di sediakan di bahagian bertentangan dengan kaunter atau di bahagian belakang van. Tujuannya untuk memberi kuasa kepada aircond dan peralatan yang diguna semasa pejabat menjalankan operasi kaunter.
  • Satu (1) unit Pendingin Udara 1.5 Hp ( sapert aircond di rumah)
  • Dua ( 2 ) buah kerusi yang boleh berputar 360 darjah untuk kegunaan pekerja kaunter . Semua kerusi lengkap dengan tali pinggan kaledar.
  • Lantai kenderaan dilapiskan dengan bahan anti-gelonsor/gelincir
  • Badan kenderaan dicat dengan skim warna yang diminta serta dipasang logo dan tulistanda yang dikehendakki.
  • Senarai diatas adalah senarai peralatan asas yang kami bekalkan.

 

Lain lain peralatan

  • Jika ada peralatan lain yang dikehendakki, kami akan mengeluarkan sebutharga tambahan. Biasanya apa jua keperluan peralatan akan dibincangkan sebelum sebutharga muktamad dikeluarkan dan sebelum plan teknikal dilukis.
  • Ada pun barang barang standard lain saperti pemadam api, peti ubat kecemasan, alat senggaraan asas, tolok angina, segi tiga keselamatan diberi percuma.

Perkhidmatan lain yang disediakan

  • Pemeriksaan PUSPAKOM
  • Pendaftaran
  • Penghantaran ke Wokshop JKR untuk pemeriksaan jika diperlukan
  • Penghantaran kemana mana destinasi di Semenjanjung Malaysia.
  • Penghantaran ke Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikenakan caj perkapalan dan insuran ( jika kami yang menguruskannya)

Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan gambaran jelas proses penyediaan dan pembuatan kenderaankaunter  bergerak.

 

Advertisements

Spesifikasi Asas Van Jenazah

Text:  Zyed Ahmad Hassan

Model Van Maxus yang sesuai ialah Maxus V80 2.5L Medium Roof Single Sliding Door. Kenderaan ini dijana oleh enjin Disel Euro 4 berkuasa turbo. Akesori  ‘standard’ yang dibekal bersama kenderaan termasuk alas kaki untuk bahagian pemandu dan krew, pemadam api size 2 kg, segitiga keselamatan, set ubatan bantuan kecemasan, tangga sisi dan belakang, ‘tool kit ‘ yang mengandongi spaner, plier, jack dan penyukat tekanan angin(tolok tekanan tayar) serta radio dan pemain MP3.

Untuk dijadikan Van Jenazah kami melakukan ubahsuai dalaman saperti berikut: [1.] Memasang papan lantai dan pelapik lantai jenis ‘anti slip’ [2.] Membina ‘partition’ /pendinding dengan tingkap ‘sliding’/ gelonsor  antara pemandu dan ruang belakang [3. ] memasang tiga buah kerusi -opsyenal jenis boleh laras beserta pelapek tangan serta tali pinggang keselamatan [4] Membina dan membekal set penutup keranda beserta tapaknya. [5] Membekal tilam 2″ , bantal kepala dan bantal sisi mengguna pembalut jenis PVC. [6] Membekal dan memasang satu (1) unit lampu limpah dibahagian siling belakang kenderaan [7] Membekal dan memasang satu (1) unit ‘Rotating Beaconlight’ dengan opsyen ‘lightbar’ [9] Membekal dan memasang tirai tingkap. Opsyen pemasangan lapisan penampan haba (tinted film) [10] Membekal dan memasang tulisan jawi dan Ayatul Quran serta tulisan ‘VAN JENAZAH’

Kepakaran Kami Dapat Memenuhi Permintaan Anda

Text: Zyed Ahmad Hassan

Kami mempunyai ramai pekerja mahir didalam bidang masing masing. Syarikat kami berkecimpung didalam kerja kerja membekal kenderaan dan menyediakan aplikasi berdasar permintaan pelanggan.Terdapat lima orang jurutera muda yang menyediakan reka bentuk luaran dan dalaman kenderaan selari dengan spesifikasi yang ditetapkan. Kalau tuan boleh nyatakan apakah keperluan tuan, kami boleh bantu dalam menyediakan spesifikasi dan seterusnya melakarkan rekabentuk dalam format 3D.

Rekabentuk yang kami sediakan termasuk sistem pendawaian, hawa dingin, kemasan dalaman, struktur dalaman, keupayaan kejuruteraan, plan teknikal. Lain lain perkhidmatan termasuk kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan serta pemeriksaan Puspakom, ujian statik dan keupayaan.

Kami membina sesuatu aplikasi yang telah dipersetujui diwoksyop kami serta disokong oleh beberapa panel worksyop mengikut kepakaran masing masing.Apa sahaja platform atau chasis kenderaan yang di inginkan , kami pasti dapat memenohi permintaan tersebut.

Van Jenazah

Text: Zyed Ahmad Hassan

Photo: My Photo Gallery

Setiap kali ada kematian dimana tanah perkuburan agak jauh, pihak  waris akan mencari Van untuk membawa jenazah. 30 tahun lalu dikampong saya, jenazah dipikul di dalam keranda dengan berjalan kaki. Keadaan telah berubah sekarang dengan kemudahan  kenderaan jenazah yang disediakan oleh pihak Surau dan Masjid.

Menariknya kebanyakan Surau dan Masjid mendapat kereta jenazah secara percuma dari pihak penaja atau penderma. Global Komited adalah antara syarikat Bumiputra tempatan yang membina Van Jenazah untuk memenohi keperluan saperti tersebut diatas. Sebagai contoh kami telah membekal Van Jenazah untuk syarikat syarikat koperat, Bank dan lain lain institusi kewangan dan juga syarikat Insurance untuk mereka dermakan kepada Surau Surau, Masjid dan Pusat atau Pondok Tahfiz.

Global Komited menyediakan Van Jenazah Maxus . Hiasan dalam van akan disesuaikan dengan permintaan pemilik Van. Yang ‘standard’ tiga (3) tempat duduk  individu disediakan. Tempat duduk jenis bangku panjang juga boleh disediakan bergantung kepada permintaan.Ilustrasi diatas menggambarkan keperluan asas. Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di talian 0351211343 atau email : info@weststardefence.com.my

Konsep Pembelian Van

Text:  Zyed Ahmad Hassan

Perkhimatan Van di Malaysia kini telah bertambah baik walaupun jumlah keseluruhan van yang dipasarkan di Malaysia hanya sekitar 5000 unit setahun. Terdapat pelbagai jenis van dan keupayaan pembekal menawarkan pakej promosi yang menarik. Di Malaysia sahaja terdapat lebih 8 Jenama van. Nyatakan berapa bajet dan saiz van dikehendakki, begitu banyak syarikat yang mampu menawarkan khidmat bekalan.

Konsep penggunaan van masa kini berpaksi kepada faktor kos pemilikan dan operasi serta aplikasi. Disamping modal pusingan , keyakinan terhadap produk dan sokongan selepas jualan sememang nya antara ciri penentu dalam pemilikan satu satu jenama produk.

Perniaga kecil kecilan mempunyai persepsi bahawa van kecil dengan kos pemilikan yang rendah untuk perniagaan yang kecil . Apabila berlaku pertambahan perniagaan dari segi permintaan pasaran dan pertambahan revenue ,pihak pengurusan atau pemilik akan memikirkan untuk menambah fleet atau mendapatkan kenderaan yang lebih besar. Kenderaan kecil sesuai untuk keadaan persekitaran kerja yang terhad, mobiliti pantas dan bilangan kakitangan yang rendah.

Bagi perniagaan besar, konsep pemilikan aset agak berbeza kerana pihak pengurusan memikirkan “cost effectiveness ” dan ” Return On Investment”. Mereka mahukan aplikasi yang betul, kenderaan bersaiz optima, pengurusan fleet yang lancar serta pulangan modal yang segera. Aspek sokongan selepas jualan tetap menjadi keutamaan dalam menentukan pilihan sesuatu jenama produk. Perkhidmatan Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang menggunakan Van Maxus adalah satu contoh positif dimana jumlah pungutan mingguan melebehi RM 30,000. Pihak pengurusan menjangkakan ROI dapat disempurnakan dalam masa kurang 5 bulan. Begitu juga Van Keselamatan yang menggunakan Van Maxus mendapati kos pemilikan adalah 1 1/2 kali lebih tinggi kerana saiz nya dan lebih banyak infrastruktur dan modifikasI yang dilakukan. Namun keupayaan kenderaan tersebut dalam mengendalikan pungutan dan penghantaran juga berganda berbanding aplikasi yang sama dari Van jenama lain. Ini membuktikan pemilihan produk yang betul bersesuaian dengan aplikasi komersil, sokongan selepas jualan yang baik serta kos modal yang sederhana mampu menjana pulangan pelaburan yang segera, selamat dan memuaskan.

Di dalam kes kenderaan pelancongan pula, kapasiti Van yang lebih besar dan keselesaan penumpang merupakan tunjang pemilikan Maxus. Walaupun jumlah penumpang dihadkan oleh pemilik kepada 12 tempat duduk, penumpang yang rata rata adalah pelawat pelancongan menikmati suasana yang lebih selesa. Ruang kelegaan kaki dan kepala yang amat selesa. Saiz kerusi yang lebar serta ruang laluan yang besar di samping ruang kargo yang boleh menampung lebih banyak bagasi. Ramai yang teruja memiliki Van Maxus dan ramai juga yang berpuashati kerana spesifikasi Van Maxus menepati keperluan mereka.

Untuk memiliki Van bersaiz besar , anda sudah boleh membuat pilihan. Jika sebelum ini Mercedez Sprinter menjadi keutamaan untuk model Eropah dan Komuter bagi model buatan Jepun, kini anda tidak perlu risau kerana Maxus model CKD Malaysia mampu memberikan saingan yang hebat. Terbaru Ford Transit EcoBoost akan memasuki pasaran tetapi tidak dipastikan bila ia akan dilancarkan. Namun begitu, pasaran Maxus tidak tergugat kerana Maxus telah menempah jalan masuk ke Kementerian, Jabatan Kerajaan dan Swasta dengan 101 aplikasi disokong dengan serbis selvan besarpas jualan yang kini bertambah mantap.

VAN PENUMPANG DAN TEKSI EKSEKUTIF

Text: Zyed Ahmad Hassan

Hari ini saya akan berkongsi maklumat mengenai Van Penumpang Maxus. Pada kebiasaannya Van penumpang mempunyai beberapa tempat duduk. Dua tempat duduk mandatori dihadapan dan beberapa tempat duduk dibahagian belakang.

Kebaikan Maxus Van ialah ia boleh memuatkan 7 hingga 15 penumpang.Susunan tempat duduk juga tidak terlalu rigid selagi ia tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Biasanya tempat duduk akan diatur berbaris kebelakang dimana semua penumpang duduk menghadap kehadapan atas sebab sebab keselamatan dan kesihatan.

Untuk pengetahuan semua pihak, Van telah dikategorikan didalam  kenderaan jenis utility. Anda boleh menyemak Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 1. Tahun 2008. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah memberikan kebenaran kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan lain lain agensi membuat perolehan Van secara Rundingan Terus dan berita baik seterunya ialah Tiada Sebarang Had Nilai ditetapkan. Syarikat syarikat yang hendak menjual Van mereka kepada kerajaan mesti memenohi beberapa syarat utama iaitu:

1. Jabatan pembeli mempunyai bajet mencukupi

2. Pembelian telah diluluskan oleh Pegawai Pengawal Kewangan jabatan atau Kementerian masing masing

3. Kenderaan mestilah pemasangan tempatan CKD

4. Syarikat pembekal atau Pengedar telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

5, Harga tawaran adalah harga bersih tanpa cukai dan komisyen

6. Mempunyai minima 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan 7 penumpang

Manakala Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan pula menetapkan ciri ciri berikut

untuk membolehkan Van dijadikan Taxi Eksekutif

a. Mempunyai pintu sisi belakang jenis gelonsor

b  Mempunyai sekurang kurangnya 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan 7 penumpang.

c.Kapasiti enjin tidak kurang dari 1950 cc

d. Mempunyai pintu sisi belakang jenis gelonsor

e. Buka lebar dalam tidak kurang dari 1400 mm

f. Bahagian belakang mesti mempunyai ruang seluas 0.5 meter persegi  untuk kargo atau barang barang atau 0.4 meter persegi jika menggunakan Gas Asli

Kenderaan Maxus Van memenohi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan

PANEL VAN

Text: Zyed Ahmad Hassan

Photo: My Photo Gallery

Maxus V80 juga mempunyai model Panel Van. Model asas mempunyai biasanya Van kosong yang mempunyai ciri ciri saperti Casis panjang (long wheel base), bumbong tinggi 2.5m dari bumi, dua (2) pintu gelongsor satu diri dan satu disisis kanan, satu pintu kuak dibelakang.Dua (2) tempat duduk hadapan disediakan untuk pemandu dan pembantunya.

Ruang depan dan belakang tiada halangan dan boleh dilalui dari tempat duduk hadapan.

Model ini dikategorikan sebagai kenderaan komersil .Pengguna memerlukan permit kereta barang atau perdagangan C untuk memandu kenderaan model ini.

Dari model asas kenderaan ini boleh diubahsuai mengikut spesifikasi dan keperluan pengguna untuk pelbagai aplikasi ‘mobile’.Sepanjang ingatan saya pihak Weststar telah membuat beberapa ratus tukar badan berdafatar menjadikan kenderaan bergerak termasuk Ambulan, Pejabat Pos, Pos Pemerintah,Klinik,Pejabat, Kaunter Zakat,Kaunter Hasil, Van Jenazah,Dapur,Van Roti, Peneranagan dan Penyiaran, Stesyen TV,Bilik Kawalan dan Gerakan, Van Sekuriti,Unit Penyelamat & Kebakaran dan pelbagai lagi. Tersebut adalah beberapa jenis aplikasi yang telah dibuat.

Pengguna boleh meminta konfigurasi tersendiri dan pihak kami akan membantu dari segi menyediakan plan dan gambar rajah serta kelulusan oleh pihak tertentu.
Panelvan bulkheadLZP6
Setakat ini apa jua bidang tugas domestik. kenderaan itu sendiri tiada masaalah dari segi keupayaan. Lihat specifikasi kenderaan di halaman lain dalam web ini. Atau pergi ke Facebook Wix Page http://mobilevan.wix.com/maxus-v80- untuk membaca spesifikasi teknikal maxus.

Saya pasti ini Van terbesar pemasangan tempatan yang terdapat di Malaysia pada hari ini. Semua orang boleh pakat pakat tengok di Bilik Pameran kami. Banyak unit telah pon berada diatas jalan raya.Beberapa unit Van Jenazah telah pon siap untuk diagih kepada Masjid Masjid di Kuala Lumpur.