VAN PENUMPANG DAN TEKSI EKSEKUTIF

Text: Zyed Ahmad Hassan

Hari ini saya akan berkongsi maklumat mengenai Van Penumpang Maxus. Pada kebiasaannya Van penumpang mempunyai beberapa tempat duduk. Dua tempat duduk mandatori dihadapan dan beberapa tempat duduk dibahagian belakang.

Kebaikan Maxus Van ialah ia boleh memuatkan 7 hingga 15 penumpang.Susunan tempat duduk juga tidak terlalu rigid selagi ia tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Biasanya tempat duduk akan diatur berbaris kebelakang dimana semua penumpang duduk menghadap kehadapan atas sebab sebab keselamatan dan kesihatan.

Untuk pengetahuan semua pihak, Van telah dikategorikan didalam  kenderaan jenis utility. Anda boleh menyemak Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 1. Tahun 2008. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah memberikan kebenaran kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan lain lain agensi membuat perolehan Van secara Rundingan Terus dan berita baik seterunya ialah Tiada Sebarang Had Nilai ditetapkan. Syarikat syarikat yang hendak menjual Van mereka kepada kerajaan mesti memenohi beberapa syarat utama iaitu:

1. Jabatan pembeli mempunyai bajet mencukupi

2. Pembelian telah diluluskan oleh Pegawai Pengawal Kewangan jabatan atau Kementerian masing masing

3. Kenderaan mestilah pemasangan tempatan CKD

4. Syarikat pembekal atau Pengedar telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

5, Harga tawaran adalah harga bersih tanpa cukai dan komisyen

6. Mempunyai minima 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan 7 penumpang

Manakala Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan pula menetapkan ciri ciri berikut

untuk membolehkan Van dijadikan Taxi Eksekutif

a. Mempunyai pintu sisi belakang jenis gelonsor

b  Mempunyai sekurang kurangnya 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan 7 penumpang.

c.Kapasiti enjin tidak kurang dari 1950 cc

d. Mempunyai pintu sisi belakang jenis gelonsor

e. Buka lebar dalam tidak kurang dari 1400 mm

f. Bahagian belakang mesti mempunyai ruang seluas 0.5 meter persegi  untuk kargo atau barang barang atau 0.4 meter persegi jika menggunakan Gas Asli

Kenderaan Maxus Van memenohi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s