Konsep Pembelian Van

Text:  Zyed Ahmad Hassan

Perkhimatan Van di Malaysia kini telah bertambah baik walaupun jumlah keseluruhan van yang dipasarkan di Malaysia hanya sekitar 5000 unit setahun. Terdapat pelbagai jenis van dan keupayaan pembekal menawarkan pakej promosi yang menarik. Di Malaysia sahaja terdapat lebih 8 Jenama van. Nyatakan berapa bajet dan saiz van dikehendakki, begitu banyak syarikat yang mampu menawarkan khidmat bekalan.

Konsep penggunaan van masa kini berpaksi kepada faktor kos pemilikan dan operasi serta aplikasi. Disamping modal pusingan , keyakinan terhadap produk dan sokongan selepas jualan sememang nya antara ciri penentu dalam pemilikan satu satu jenama produk.

Perniaga kecil kecilan mempunyai persepsi bahawa van kecil dengan kos pemilikan yang rendah untuk perniagaan yang kecil . Apabila berlaku pertambahan perniagaan dari segi permintaan pasaran dan pertambahan revenue ,pihak pengurusan atau pemilik akan memikirkan untuk menambah fleet atau mendapatkan kenderaan yang lebih besar. Kenderaan kecil sesuai untuk keadaan persekitaran kerja yang terhad, mobiliti pantas dan bilangan kakitangan yang rendah.

Bagi perniagaan besar, konsep pemilikan aset agak berbeza kerana pihak pengurusan memikirkan “cost effectiveness ” dan ” Return On Investment”. Mereka mahukan aplikasi yang betul, kenderaan bersaiz optima, pengurusan fleet yang lancar serta pulangan modal yang segera. Aspek sokongan selepas jualan tetap menjadi keutamaan dalam menentukan pilihan sesuatu jenama produk. Perkhidmatan Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang menggunakan Van Maxus adalah satu contoh positif dimana jumlah pungutan mingguan melebehi RM 30,000. Pihak pengurusan menjangkakan ROI dapat disempurnakan dalam masa kurang 5 bulan. Begitu juga Van Keselamatan yang menggunakan Van Maxus mendapati kos pemilikan adalah 1 1/2 kali lebih tinggi kerana saiz nya dan lebih banyak infrastruktur dan modifikasI yang dilakukan. Namun keupayaan kenderaan tersebut dalam mengendalikan pungutan dan penghantaran juga berganda berbanding aplikasi yang sama dari Van jenama lain. Ini membuktikan pemilihan produk yang betul bersesuaian dengan aplikasi komersil, sokongan selepas jualan yang baik serta kos modal yang sederhana mampu menjana pulangan pelaburan yang segera, selamat dan memuaskan.

Di dalam kes kenderaan pelancongan pula, kapasiti Van yang lebih besar dan keselesaan penumpang merupakan tunjang pemilikan Maxus. Walaupun jumlah penumpang dihadkan oleh pemilik kepada 12 tempat duduk, penumpang yang rata rata adalah pelawat pelancongan menikmati suasana yang lebih selesa. Ruang kelegaan kaki dan kepala yang amat selesa. Saiz kerusi yang lebar serta ruang laluan yang besar di samping ruang kargo yang boleh menampung lebih banyak bagasi. Ramai yang teruja memiliki Van Maxus dan ramai juga yang berpuashati kerana spesifikasi Van Maxus menepati keperluan mereka.

Untuk memiliki Van bersaiz besar , anda sudah boleh membuat pilihan. Jika sebelum ini Mercedez Sprinter menjadi keutamaan untuk model Eropah dan Komuter bagi model buatan Jepun, kini anda tidak perlu risau kerana Maxus model CKD Malaysia mampu memberikan saingan yang hebat. Terbaru Ford Transit EcoBoost akan memasuki pasaran tetapi tidak dipastikan bila ia akan dilancarkan. Namun begitu, pasaran Maxus tidak tergugat kerana Maxus telah menempah jalan masuk ke Kementerian, Jabatan Kerajaan dan Swasta dengan 101 aplikasi disokong dengan serbis selvan besarpas jualan yang kini bertambah mantap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s