Mustahak DiKetahui

Teks: Zyed Ahmad

 

Proses awal -perbincangan

Uniknya kenderaan yang kita bekalkan  dapat memenuhi citarasa pengguna. Pertamanya kita akan bincang dahulu keperluan pengguna, apa yang diharapkan dari van atau lori atau bas ini, jenis casis apa yang dikehendakki selain dari casis yang kami sediakan, bagaimana konfigurasi dalaman yang sesuai untuk kegunaan, apakah peralatan yang akan dimuatkan kedalam kenderaan ini.

 

Kita akan berbincang dahulu. Lihat pada bajet dan tujuan kenderaan kemudian barulah kita membuat cadangan. Atau jika pengguna telah ada cadangan dan keputusan kita akan raikan permintaan tersebut. Jurutera kita akan meneliti spesifikasi keperluan, spesifikasi kenderaan, keperluan letrik current, voltage dan power serta berat barang-barang, ruang yang akan dipenuhi, centre of gravity, agihan beban, limitasi pihak Puspakom dan JPJ. Setelah semua perkara diambil kira satu lukisan grafik dan kejuruteraan akan disediakan untuk disemak dan dipersetujui oleh pengguna sebelum plan tersebut dihantar ke JP untuk mendapat kelulusan.

 

Sebenarnya kelulusan plan akan kita lakukan setelah pihak pengguna berpuashati dengan cadangan dan penambahbaikan. Ini diikuti dengan persetujuan harga. Cara ini lebih baik daripada menerima sebutharga akhir  dan kemudian baru berbicang . Jika harga telah diputuskan dahulu, skop perbincangan akan terhad kepada bajet sedia ada. Penambahan peralatan atau pengubahsuaian besar sukar dilakukan. Nasihat kami kepada pengguna agar setelah menerima sebutharga daripada kami, elok diadakan perbincangan sebelum  kami putuskan plan teknikal muktamad. Jika bajet mencukupi semuanya akan berjalan lancer. Jika bajet kurang dari harga cadangan, pihak pengguna kenalah mengusahakan penambahan bajet.  Keputusan muktamad biasanya sepas diadakan 2 pusingan perbincangan. Setelah semua proses ini dilalui dan Pesanan Kerajaan dikeluarkan, barulah kami memulakan kerja binabadan. Masa diperlukan  1-3 bulan begantung kepada kedudukan stok casis kenderaan.

 

Aplikasi Popular masakini adalah Kaunter Bergerak.  Jika keperluan untuk mengutip hasil atau memberi penerangan, Casis yang kami syorkan ialah Casis Weststar Maxus V80. Casis lain adalah opsyen pengguna. Bagi kenderaan Kaunter Bergerak keperluan standard yang diadakan didalam kenderaan termasuk:

  • Meja kaunter yang berlaci serta kabinet yang dipasang sebelah kanan atau kiri kenderaan bergantung pada keadaan penggunaan. Biasanya dihadapan kaunter disediakan tingkap untuk berurusan dimana pelanggan berdiri diluar dan pekerja pejabat duduk didalam kenderaan. Jika konsep ini digunakan, kenderaan jenis Van lebih sesuai  sebab kedudukan tingkap yang rendah mudah berurusan dengan pelanggan.

(Sekiranya pemilik kenderaan hendak pelanggan berurusan didalam kenderaan, casis bas atau trak digunakan. Ini kerana bas dan trak mempunyai ruang legar yang jauh lebih luas. Kos untuk konsep ini juga lebih tinggi).

  • Diluar kenderaan bahagian tepi bumbung disediakan awning bermotor yang boleh dibuka dan tutup secara haidrolik manual atau letrik.
  • Satu (1)unit Generator berkapasiti 5Kva ( jenis Yamaha atau lain ) di sediakan di bahagian bertentangan dengan kaunter atau di bahagian belakang van. Tujuannya untuk memberi kuasa kepada aircond dan peralatan yang diguna semasa pejabat menjalankan operasi kaunter.
  • Satu (1) unit Pendingin Udara 1.5 Hp ( sapert aircond di rumah)
  • Dua ( 2 ) buah kerusi yang boleh berputar 360 darjah untuk kegunaan pekerja kaunter . Semua kerusi lengkap dengan tali pinggan kaledar.
  • Lantai kenderaan dilapiskan dengan bahan anti-gelonsor/gelincir
  • Badan kenderaan dicat dengan skim warna yang diminta serta dipasang logo dan tulistanda yang dikehendakki.
  • Senarai diatas adalah senarai peralatan asas yang kami bekalkan.

 

Lain lain peralatan

  • Jika ada peralatan lain yang dikehendakki, kami akan mengeluarkan sebutharga tambahan. Biasanya apa jua keperluan peralatan akan dibincangkan sebelum sebutharga muktamad dikeluarkan dan sebelum plan teknikal dilukis.
  • Ada pun barang barang standard lain saperti pemadam api, peti ubat kecemasan, alat senggaraan asas, tolok angina, segi tiga keselamatan diberi percuma.

Perkhidmatan lain yang disediakan

  • Pemeriksaan PUSPAKOM
  • Pendaftaran
  • Penghantaran ke Wokshop JKR untuk pemeriksaan jika diperlukan
  • Penghantaran kemana mana destinasi di Semenjanjung Malaysia.
  • Penghantaran ke Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikenakan caj perkapalan dan insuran ( jika kami yang menguruskannya)

Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan gambaran jelas proses penyediaan dan pembuatan kenderaankaunter  bergerak.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s