About

Text: Zyed Ahmad Hassan

Van adalah sebahagian dari MPV, Multi Purpose Vehicle, yang banyak terdapat di dalam pasaran. Nyatanya terdapat lebih dari sedozen jenama van di Malaysia. Kebiasaannya ia diguna untuk sama ada kegunaan sendiri atau sewa atau pun komersil.

Dari segi kegunaan terdapat dua jenis badan van dan dari situ ia akan menentukan aplikasi akhirnya.Samaada untuk membawa penumpang atau barangan. Van penumpang dan van komersil berdasar ruang dalam atau isipadu dalaman atau size van itu sendiri. Jumlah penumpang yang boleh dimuatkan didalamnya bergantung pada beberapa faktor saperti keselesaan atau semata mata inginkan bilangan penumpang yang ramai. Manakala Van Komersil melihat kepada ruang isipadu optima.
Kebanyakan pengusaha Van Penumpang  inginkan bilangan penumpang yang ramai untuk mendapat pulangan yang segera. Didalam situasi ini, tempat duduk penumpang akan dibina dengan kaedah paling mudah asalkan penumpang boleh duduk. Walaupun pihak JPJ telah menetapkan size tempat duduk dan piawaian tertentu mereka akan cuba meletakkan sebanyak yang mungkin selepas pendaftaran. Tindakan ini merbahaya untuk penumpang. Tidak semua pengusaha berbuat demikian , cuma mereka yang beroperasi dikawasan pendalaman akan mengambil kesempatan tersebut.

Rata rata jumlah penumpang bagi Van adalah antara 7 orang hingga 15 orang. Untuk Van Sekolah, jumlah murid yang boleh ditempatkan adalah antara 16 hingga 20 orang. Disinilah Van Maxus V80  memainkan perananya. Van Maxus V80 adalah antara Van yang bersaiz besar. Van Maxus Window Van untuk penumpang boleh memuatkan 9 hingga 12 orang dengan selesa. Kelegaan kepala, ruang kaki dan pergerakan dalaman serta ruang bagasi yang mencukupi dan sepadan adalah faktor utama yang sangat dititikberatkan. Van ini boleh disesuaikan dengan citarasa penumpang. Begitu juga dengan Panel Van atau Van komersil Maxus. Keluasan dalaman nya membuatkan Van ini amat sesuai untuk dijadikan Pejabat Bergerak, Ambulan, Caravan atau Rumah Bergerak, Dapur Bergerak, Pos Bergerak, Pusat Komander, Makmal Bergerak, Van Kargo dan Peruncitan.

Disamping itu jika pengusaha mahukan bilangan penumpang yang ramai,Van Maxus terbukti boleh memuatkan sehingga 15 orang penumpang dengan selesa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s