Van Jenazah Maxus

Text: Zyed Ahmad Hassan

Photo: Album

DSCN4010 DSCN4001 DSCN3998

Kebanyakan Van Jenazah terdidiri dari jenis Toyota Hiace atau Kia Preggio. Mereka adalah model awal yang diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Van tersebut telah pun bertapak didalam pasaran Malaysia seawal tahun 90.Kedua dua jenis van ini kecil sederhana dengan harga bajet dan mampu dimilik. Banyak NGOs dan Badan Koperat yang menghadiahkan van jenis ini kepada Badan Badan Amal dan Masjid sebagai Van Jenazah untuk kemudahan orang Islam menyempurnakan mayat untuk dikebumikan.

Van Jenazah sebenarnya tidak perlu besar kerana keperluan utama ialah membawa jenazah ke perkuburan yang disertai oleh satu atau dua ahli keluarga terdekat sahaja.Van Jenazah digunakan apabila kawasan perkuboran terletak melebehi 1 km dari rumah keluarga simati. Kebiasaannya ahli keluarga akan mengikuti jenazah menggunakan kenderaan lain. Atas kes tertentu dimana perjalanan membawa jenazah sukar dan agak jauh, kenderaan jenazah yang mampu membawa lebih penumpang serta selesa, sangat diperlukan. Maxus Van mempunyai ciri ciri tersebut. Bukan sahaja mampu memuatkan sehingga 6 penumpang, keselesaan tempat duduk, ruang kaki dan kelegaan kepala yang luas, keselesaan pemandu dan pembantu pemandu dibahagian hadapan juga mesti di ambil kira. Kedudukan engin kenderaan Maxus didalam kompatmen engin dibahagian hadapan sangat baik kerana ia menjamin pemandu dan pembantunya tidak panas punggong. Berbanding dengan Toyota yang kedudukan engin nya tepat dibawah punggong pemandu dan pembantunya.Manakala Preggio tidak sesuai untuk perjalanan jauh kerana faktor ergonomik yang terhad.
ziarah Umrah Palestin 011 ziarah Umrah Palestin 002

Van Maxus juga amat sesuai untuk kenderaan mayat untuk mereka yang bukan Islam. Orang bukan Islam menggunakan keranda besar dan berat.Kesesuaian untuk mereka bukan sahaja dari faktor keluasan Van tetapi juga harga. Orang bukan Islam yang kaya menggunakan kenderaan mewah saperti Mercedes atau Estima. Van Maxus boleh dijadikan kenderaan VIP untuk mereka dengan harga jauh lebih murah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s